Untitled

hotline - biosyifa business solution sdn bhd
menutop

Biosyifa Business Solutions Official Website

KEPAKARAN KAMI

Biosyifa Business Solutions Sdn Bhd telah meletakkan posisinya secara unik di dalam industri air Malaysia melalui teknik mengilang, memasar dan perkhidmatan selepas jualan yang dipercayai dan meyakinkan. Perkara ini dapat dicapai melalui proses penyelidikan serta pembangunan produk dan servis yang intensif secara berterusan tanpa meminggirkan nilai-nilai persekitaran yang dinamik. Kami secara aggresifnya membawa teknologi terkini dan ciptaan baru yang berkaitan dengan teknologi air seperti penapis membrane, sistem penyejukan air mesra alam, air alkali dan lain-lain lagi melalui kerjasama dengan para penyelidik dari universiti-universiti tempatan dan syarikat air luar negara. Nilai sumber air yang semakin kotor dan tercemar dari hari ke hari menjadi satu cabaran bagi kami untuk menyediakan produk air yang suci dan berkualiti pada harga yang mampu milik dan dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. Kami percaya melalui pemakanan dan minuman yang sihat, kualiti kehidupan kita dapat ditingkatkan. Melalui jenama biOsyifa yang kami tonjolkan, semoga ianya menjadi lambang kepada kualiti yang benar-benar terjamin mutunya dan menjadi kebanggaan produk di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Biosyifa Business Solutions Sdn Bhd adalah satu entiti yang ditubuhkan oleh sekumpulan usahawan muda dan gigih yang mempamerkan usaha terbaik dalam menempatkan diri di kelompok elit aliran pasaran dan pembangunan produk-produk air dari pelbagai aspek, Kecenderungan ini menuntut pengorbanan besar dari segi perahan masa, tenaga dan modal yang telah dilabur dengan agresifnya ke dalam percaturan R&D, mengambil dan melatih bakat, membangunkan produk baru dan peningkatan standard teknikal yang ampuh.

Kepakaran Produk dan Perkhidmatan biOsyifa merangkumi :

  • Mesin-mesin minuman Air Kediaman / Pejabat

  • Mesin Minuman Layan diri Panas & Sejuk

  • Sistem Penapisan Air Komersial

  • Sistem Penapisan Air Industri

  • Sistem Penapisan Pusat Dialisis

  • Sistem Penapisan Karbon Alkali

  • Sistem Penapisan Reverse Osmosis

  • Sistem Pendingin Distilasi Air Tanpa Botol

  • Penyelenggaraan dan Aksesori untuk kebanyakan Sistem Penapisan air

  • Dan banyak lagi.
Untitled Document

Pegawai Untuk Dihubungi :
(call to action : Contact Sales Person / Whats Apps)

Hany | Ina | Jazrina
013-274 7887 | 013-333 4272 | 017-679 3955

Sebarang pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan kami, anda juga boleh melakukannya secara online. Klik butang di bawah untuk Borang Pertanyaan.

 

biosyifa business solution